:: MAKLUMAN SEMASA ::

LADAP 2

LADAP 2 akan diadakan mengikut ketentuan berikut :

Tarikh : 9 Julai 2010 (Jumaat)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Bilik Muafakat

Tajuk : Terapi SELF

Penceramah : Puan Rubiah binti Mohd Nor

                    Kaunselor SMKA Sharifah Rodziah, Melaka

Kehadiran diwajibkan

Bulan Kecergasan

Sempena Bulan Kecergasan, pelbagai aktiviti telah dirancangkan. Jangan lupa untuk turut serta dalam aktiviti seperti Senamrobik, Futsal, Bola Jaring, Permainan Tradisional dan banyak lagi.

Alumni SKSD

Kepada bekas guru dan pelajar SKSD, anda dialu-alukan menyertai Alumni SK Serkam Darat. Sila hantarkan maklumat seperti nama, jawatan, alamat terkini, no telefon, alamat tempat bekerja ke alumni@skserkamdarat.edu.my

 

SK Serkam Darat Sekolah Bestari

SK Serkam Darat kini diiktiraf sebagai Sekolah Bestari Luar Bandar Penanda Aras 2010. Sekiranya ingin memberikan komen, anda dialu-alukan menulis di dalam Buku Pelawat kami.

Laman Web SK Serkam Darat

Bulan Kecergasan 2010

 
Aktiviti Bulan Kecergasan diteruskan lagi.
 
Sejak pelancaran Bulan Kecergasan pada 5 Julai yang lepas, aktiviti pada Bulan Kecergasan masih diteruskan malah dengan lebih menarik lagi. Pada Isnin lepas, 12 Julai, aktiviti Permainan Tradisional (Indoor) telah diadakan. Permainan seperti Karom, congkak, penutup botol dan sebgaainya menunjukkan saingan yang hebat.
 
Lihat sahaja gambar-gambar di atas. Maklumat lanjut boleh didapatkan di Portal Ko-kurikulum SK Serkam Darat.  
 
Rasai keseronokannya! 
 

Kem Bestari Solat Siri 3

 
11 Julai yang lalu, Kem Bestari Solat Siri 3 telah diadakan di perkarangan sekolah SK Serkam Darat. Mereka yang terdiri daripada murid-murid Tahun 1 hingga 5 telah hadir untuk menjayakan sesi ini. 
 
Semua guru dan staf telah ditugaskan untuk menjadi fasilitator dan diberikan 4-10 orang 'anak angkat' untuk diasuh kemahiran solat. Pelbagai ragam dan kerenah murid-murid yang dapat disaksikan semasa kem tersebut. Antara kemahiran yang diajar ialah niat wudhuk, anggota wudhuk, niat solat, pergerakan dalam solat, bacaan dalam solat dan banyak lagi.
 
 Memetik kata-kata Ustazah Suzannah di wall Facebook SK Serkam Darat 
 

"syukran a'la musa'adatikum fi al-mukhayyam KBS 3/2010.....insyaAllah ilmu yg dicurahkan akan menjadi bekalan kita di akhirat nnt, ameen :-)"

 

LADAP kali ke 2

 
Pada 9 Julai yang lalu, SK Serkam Darat telah mengadakan LADAP kali ke-2. Penceramah jemputan kita pada kali ini ialah Puan Rubiah binti Mohd Nor, Kaunselor Cemerlang SMKA Sharifah Rodziah, Melaka.
 
Tajuk ceramah beliau ialah CUT APPLE A yang mengaplikasikan konsep
Caring, Understanding, Trusting, Accepting dan pelbagai lagi. Selain itu, beliau juga berbesar hati mengajar kami Terapi SEFT (Spiritual, Emotional and Freedom Theraphy). Kaedah tersebut berkesan dalam mengurangkan stress dan kesembuhan emosi. 
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Rubiah yang sudi berkongsi ilmu dengan kami.  
 

Perkhemahan Unit Beruniform 2010

 

Pada 25 hingga 27 Jun yang lalu, bertempat di perkarangan sekolah SK Serkam Darat telah diadakan Program Perkhemahan Unit Beruniform tahun 2010. Program yang dikelolakan oleh Unit Ko-kurikulum telah dijayakan oleh murid-murid Tahap 2.

Pelbagai aktiviti telah diatur bersempena dengan program ini. Seawal pagi Jumaat lagi, murid-murid telah bertungkus lumus memasang khemah dan membina gajet. Kreativiti murid-murid terserlah apabila pelbagai bentuk gajet telah dihasilkan. 

 

Baca Lagi...

 

Selamat Datang

SK Serkam Darat mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada 2 orang ahli keluarga barunya. 

Puan Noraini yang diberi tanggungjawab sebagai Pembantu Tadbir baru di SKSD mula bertugas pada 1 Jun yang lalu.

Sementara itu, Puan Azizah yang memulakan tugas pada 21 Jun yang lalu merupakan Guru Pendidikan Islam. Beliau yang sebelum ini bertugas di SK Setiawangsa memohon bertugas di Melaka setelah hampir 7 tahun cuti tanpa gaji kerana mengikut suami yang bertugas di luar negara.

Kami, seluruh warga SKSD mengalu-alukan kedatangan 2 orang pegawai baru ini ke SKSD. 

 
Menjelang UPSR
Siapa Bersama Kita
Kami ada 4 tetamu online
Sila Undi
Siapakah anda?
 
Statistik Pengunjung
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday38
mod_vvisit_counterYesterday61
mod_vvisit_counterThis week431
mod_vvisit_counterThis month2123
mod_vvisit_counterAll27299
Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Jom Borak
Trafik Pengunjung