Majlis Sambutan Hari Guru dan Staf Peringkat SKSD 2018

Pada 16 Mei 2018 telah diadakan Majlis Sambutan Hari Guru dan Staf Peringkat SK Serkam Darat yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru dan staf ke dalam Dewan Hajjah Maimunah. Kemudian, guru-guru dan staf serta murid-murid membaca Surah Yaasin bersama-sama bagi memberkati majlis ini. Selesai bacaan Yaasin, acara penyampaian hadiah telah diadakan. Murid-murid turut serta dalam penyampaian hadiah kepada guru-guru. Setelah selesai acara penyampaian hadiah, semua warga SK Serkam Darat dijamu dengan hidangan yang menyelerakan di kantin. Walaupun hujan, majlis ini diteruskan dengan aktiviti sukaneka antara guru dan staf. Acara ini dijalankan di dalam dewan dengan jayanya.
Attachments:
FilePeneranganFile sizeTerakhir diubah
Download this file (page.jpg)page.jpg 96 Kb21/05/18 11:02